Enlightenment #2 : Kecewakah?

Assalamualaikum W.B.T

Sebagai pembuka entri ilmiah bagi kali ini, apa kata u'olls (Oopss!) anda-anda semua menghayati ayat berikut yang saya ambil daripada surah al-Hadiid, ayat 22 - 23

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

Okay, so people ... Adakah anda sedang mengalami suatu emosi atau perasaan yang mana anda rasakan seperti apa yang anda lakukan tidak pernah menjadi atau anda sering saja bertemu dengan kegagalan, anda rasa kecewa. Frust dengan diri sendiri?? Ada tak? Ada? tak ada?

Pada yang ada tu anda bolehlah stau tune for about I don't know maybe a couple of minutes. Manakala bagi yang tak ada tu you can either choose to stay, or you can go blog-walking to my dearest friends blog which is on your right side. yup!
Baiklah ... Move on!

For past few days, in the same week =D Saya ada mengalami Severe Emotion Conflict Disturbance (SECD) ... Saya pun tak tahu macam mana penyakit ini boleh datang menyerang secara tiba-tiba tapi apa yang saya faham adalah, ia akibat terlalu ingin cepat mendapatkan sesuatu dan had kesabaran sudah sampai ke tahap yang perlu di'charge' semula tapi I just totally forgot....So, I burst out! (TeBaboommmm) ... and that cause that =p

Kecewa ni adalah satu emosi negatif yang boleh melemahkan struktur badan dan tingkah laku seseorang jika tidak dirawat secepat mungkin (Okay, ayat ni direka khas oleh saya =D).

Apa yang menyebabkan seseorang itu kecewa? Kemungkinan2 yang akan di'highlight'kan di sini, mungkinkah kerana;

i) gagal dalam peperiksaan?
ii) tidak mendapat pekerjaan yang diidam2kan?
iii) masih menganggur. Pergi interview dah banyak kali dah tapi satu *tOOtttt* company pun tak panggil balik? - eh! cam kenal je.
iv)tak mendapat pujian daripada bos walaupun dah keje separuh mati?
v) gagal dalam percintaan?
vi) masih single walaupun semua kawan2 ada yang dah ada anak sorang, or two or maybe three??? - eh!? hurmmm...
vii) duit simpanan tak pernah cukup. Anak bini makin bertambah...eh, salah! Anak2 makin bertambah. =p
viii) gagal dalam menguruskan kewangan keluarga. Hutang keliling pinggang. (duh~!)
viiii) kita suka orang tu, orang tu tak suka kita? (huk~! nak batuk secara melampau - Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati, Jangan marah saya =|)

dan ada lagilah kemungkinan2 yang memungkinkan anda untuk jatuh dalam kategori manusia yang dalam kekecewaan.

THE REMEDY!!! 

Okay, sayang-sayang sekalian. Setiap masalah, penyakit, problem, disease (hurm, sama jelah tu!!!) ada ubatnya. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mencarinya dengan sedaya-upaya kita. 

Pertama, always have someone you can truly trust, to hear your problems. Sebab some problems ni so personal that only certain people can knows about it. Jadi buatlah pilihan yang tepat dan bijak.

Kedua, bila kita dalam keadaan kecewa ni, makhluk Allah yang bertanduk (ia bukannya haiwan - harap maklum) tu mulalah datang buat parti keliling anda-anda semua. Saja nak mengapi2kan jiwa yang sedang dalam kemurungan agar terus murung dan menyerah kalah dan akhirnya adalah yang mengambil keputusan menggunakan akal yang singkat dengan hanya membunuh diri. No, no....don't do that. 
Ini membawa kita ke nombor tiga

Yosh, ketiga ... anda haruslah mengelakkan diri daripada duduk bersendirian dan melayan perasaan anda yang dah sedia parah. Macam saya, saya tak boleh berbuat demikian sebab air mata saya sangat murah. Saya suka nages (cenggeng!). Jadi agak pelik pada pandangan orang-orang itu nnt, orang buat citer lawak gelak siap guling-guling, aku gelak sambil mengeluarkan hingus....(eeewwww)

So, untuk insan2 seperti aku yang lemah sikit nak kawal emosi ni, memandangkan tahap kesabaran manusia ada batasnya, kenalah sentiasa charge. Well, like i said before terlupa nak charge. Jadi, eloklah bersendirian tapi bukan dengan tujuan untuk melayan perasaan tapi mendekatkan diri kepadaNYA. Terbukti berkesan!
Sebagai contoh, bacalah al-Quran ... Surah al-Waqiah tu ... Takpun, pilihlah ayat mana yang anda suka...Baca dengan tafsir sekali. Mana tau ada ayat2 yang betul2 dapat menyejukkan hati dan membuka minda kita. (Oooohhhh~!)

Dah keberapa yea??? hehehe ... erm, Keempat ... Sentiasa beringat apa yang kita lalui tu mungkin tak seberapa mana, ada yang lebih teruk daripada apa yang kita tempuhi. Apa yang berlaku dekat kita, mungkin atas kesalahan diri sendiri jugak. Jadi, berusahalah untuk membetulkan keadaan.


"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri...." 
(Surah an-Nisaa' ayat 79)

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarrah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar." 
(Surah an-Nisaa' ayat 40)


Yang atas ni sesuai untuk mereka yang sudah berputus asa dengan tuhannya. Janganlah macam tu sekali. DIA tak rugi apapun bila anda-anda berbuat demikian. Bahkan yang rugi tu diri anda sendiri. (Bercakap untuk diri sendiri jugak) =|

Kadang-kadang tu memang akan timbul rasa berputus asa dan rasa marah yang kita tak tau nak tujukan kepada siapa....Secara logiknya, siapa lagikan????
Bila bertimpa-timpa datang masalah dan kita rasa kita ni dah baik sangat dah tak pernah pun buat dosa. Dosa kecik adalah sikit2. Solat tak tinggal siap ada tambahan lagi dengan solat sunat, puasa sunat, pergi surau attend kelas2 agama, tolong orang dalam kesusahan dan lain-lain tapi masih ujian menimpa diri. Jadi yakinlah, yang ujian itu adalah untuk mereka-mereka yang dekat dengan Allah. It's either going to tie you even closer with Allah or lead you astray to some place you might want to think twice to jump into.

Dalam dok belik-belik tafsir Quran ni. Yea, saya seharian mencari sumber inspirasi menjadikan diri kembali kuat ... RECHARGE! 
Terjumpalah satu surah ni, which kalau macam saya nak kata ALLAH tu tak sayang hamba DIA, memang salah sangatlah. Anda-anda hayati sendiri;


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih-berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah(*)..."
(Surah Ar Ra'd, ayat 11)

Penjelasan bintang (*) - Tiap-tiap seorang sentiasa dijaga dan diawasi oleh malaikat-malaikat yang bergilir-gilir siang dan malam. Malaikat-malaikat ini ialah yang dikatakan "Malaikat Hafazah" menurut keterangan Syara'. Mereka adalah lain dari malaikat "Kiraaman Kaatibiin" (Raqib dan Atiid) yang menulis amal yang baik dan yang buruk.


Dengan erti kata lain, we all have our own Guardian Angel!!!! (ooh!) not one but more than one, so suppose to be GUARDIAN ANGELS!!!! (erhmmm, sorry!)
So, go figure peoples...

Saya pun bercakap untuk diri sendiri juga. Saya pun insan yang lemah yang cepat sangat bertindak mengikut hawa nafsu. Jadi sama-samalah kita membetulkan diri. Cukuplah empat terapi asas yang lebih2 tu kena tanya pakar. Saya hanya berkongsi apa yang telah saya experience sendiri. Alhamudlillah, so far saya masih hidup dan tidak pernah terlintas untuk melakukan perkara2 yang merosakkan akhlak dan lebih2 lagi iman saya. 

Oh, and please...For those who treats their SECD with music. It's okay to listen to the music but the problem is the music that you going to choose. Generally, bila orang sedih dia akan mendengar lagu2 yang dia akan rasa boleh relate dengan perasaan dia ketika itu. It's okay, normallah tu tapi kalau dah 24jam layan lagu yang sama, lepas tu berjurai2 air mata ni (layan feels la gamaknya) ... That's not healthy! Go outside, do other stuff that can distract you from your SECD.

Andai kata lepas ni, datang rasa kecewa, putus harap, sedih .... Cubalah salah satu terapi di atas. ANDA BOLEH!


Alright, Till Then
-ToOdLeZ-

Comments

Munera Mustafa said…
Dalam erti kata sebenar..mungkin kita patut amalkan amalan muhasabah diri.(tu kata ustazah mun r..time kls akidah lu)sbb semakin kiat knl diri kita makin kita kenal siapa 'tuhan' kita...Ecah mis u!!(haha..xde kne ngene)
Takde butang like lak kat sini..hehehehe

miss you too mun!!!!

Bila dapat ketemu...sekang kat kl ni....jomlerrr ketemu =D
Munera Mustafa said…
tu la pasal ...g cari tuto pasang 'like' cepat!!*ahak
dah letak dah butang like...heeee (^^
Munera Mustafa said…
baguih baguih....hehe :}

Popular posts from this blog

Sepi

Kelisa vs Kancil - #16

Overwhelm cum despair