Kegilaan baru

Pernah dengar formspring.me???

...dan sesungguhnya, itulah kegilaan baru saya =D

Well, ia bukan macam aplikasi atas talian yang biasa kita main. Ia tidak seperti facebook atau friendster atau twitter atau myspace atau yang sewaktu dengannya ... Apa yang anda perlu buat adalah register dan sediakan diri anda untuk menjawab soalan2 yang bakal dikemukakan kepada anda, untuk anda jawab. Anda juga boleh mengemukakan soalan2 anda kepada orang-orang yang ingin anda persoalkan (hahaha =p).

Kalau rasa-rasa anda ini seorang yang pemalu untuk mendekati insan yang anda sukai, bolehla anda menggunakan aplikasi ini untuk mengatasi masalah malu anda tersebut. Itu pun kalau anda dapat menemui insan istimewa itu dan dia turut mempunyai formspring.me (^_____^)

Buat masa sekarang kerja saya adalah mengacau rakan2 sekolej. Belum sampai tahap menganggugugat orang luar dengan persoalan yang entah apa2 daripada saya. Ah, bahagia! Bagi soalan tapi kekal sebagai 'anonymous' , bagi insan itu tertanya, siapakah yang sering mengutarakan soalan kepadanya.

Okaylah, nak pergi sambung kacau orang ... Ha, ini adalah 'link' untuk ke formspring saya

http://www.formspring.me/AisyaD

Anda tanya, saya jawab - tapi tolongla munasabah sikit yea soalan2 anda itu =D


Okay, till then
-ToOdLeZ-

Comments

i follow u toooo~ (^_____^)