Oh, no!

People!!!

Selama aku spent time menganggurkan diri kat umah, tak de satu rancangan pun yang boleh buat aku stay depan TV dan buat aku tertunggu next week (sambungannya....) oklah, except for glee, desperate housewife, Americas next top model all those in 711 channel ... Yang aku maksudkan cerita melayu. But suddenly this story make me stick in front of the tv sampai habis!



Heeeeee (^^,


Kenapa cerita ni best??? ... hurm, sebab Sharifah abu salem kot...hahaha, cerita seorang lelaki teraniaya sebab nak cover hutang nyawa bapanya. Quiet interesting jalan ceritanya, so far semuanya menarik minat aku , tak silap baru episod ke 3 tapi aku ada masalah sikit dengan "videoclip 3 minit" yang ada dalam cite ni ... BOSAN!

definisi videoclip 3 minit - Di mana apabila berlaku satu emosi yang mana sedih sebagai contoh akan kuar muzik sedih dan diiringi dengan shot yang membuang masa iaitu pelakon akan termenung dalam 2,3 minit tanpa membuat apa2. (^_______^)

Hurm, tapi sangat rindu nak nonton sama kengkawan di Kolej Kelima dulu ... wuuuuuuu~
Mesti best kalau tengok dengan diorang. Cerita ni kemungkinan akan hit macam Nur Kasih aku rasa. hehehehe (memandai je).

Plus, the male actor quiet a catch! hahahahaha tapi tu bukan main thing aku nonton cite ini. Mamat tu ada berlakon cerita tari tirana tapi aku tak jugak ikut citer tu. So, takde kena mengena ngan pelakon lelaki itu tapi bolehlah buat sesetengan penonton tgk citer tu sebab dia. and of course, sangat suka juga theme song for this drama. Menyesal by Sixth Sense. Kalau nak dengar cari sendirilah yea dalam youtube tu, melambak! (^^,

Oklah, tu je nak citer....hehehe.

Nah sinopsis citer berkenaan;

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).



Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.

Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah.

Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.
Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.


Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?



Alright, till then
ToOdLez

Comments

Oh tidak! Drama melayu~ Saya dilarang menonton~ Dikhuatiri ketagih >_<
u noe than its okay...

u noe wut, i also follow drama in akasia. darn!

why they so good????
Fath_n!e$@ said…
mula2 tak suka tgk cite nih...lelama..try tgk episod lepas2 kt tv3.on9, trus suka kot..!!ngeh4x
addicted to citer philipines yg remake korean drama stairway to heaven tu...haih~!

Tapi macam suka lagi je versi filipino ni. huhu =p

Popular posts from this blog

Sepi

Kelisa vs Kancil - #16

Overwhelm cum despair