Apalah sangat bercinta

I love you tapi takut nak bagitau, takut nanti you tak terima dan I pulak dapat malu tapi kalau I tak bagitau, in case you pun ada hati kat i (sama2 malu nak bagitau) sampai bila pun kita takkan tau perasaan masing2. Takpun, kalau i tak bagitau, macam mana nak hidup dengan tenang tetambah kalau tau you disambar orang lain.

Rasanya, ramai kot yang berperasaan macam statment kat atas tu. Aku pun tidak terkecuali .. Ooopss!

Tapi kalau nak difikirkan, apalah sangat dengan nak meluahkan perasaan bagai. Kita perempuan, biasalah ada sifat malu tu, yang tak ada sifat malu tu yang perlu dihairankan. Jadi normal untuk tidak memulakan sebarang persoalan tentang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki. Mungkin ada yang dilafazkan secara gurauan (tapi really mean it) but still, pihak yg lagi satu tu pasti menganggap itu satu gurauan.

"wei, ko ni pehallah bujang lelama, kawin ngan aku jela. Nak jadi bujang terlajak ke?"

Ok statement kat atas tu tiada kaitan dengan aku.

What i was trying to say is, kadang2 hati kita ni memang akan rasa macam berkeinginan nak orang di pihak lagi satu tu tahu apa kita rasa terhadap dia tapi nak bagitau malu. Tetambah kalau yang kita minat, fuh~! tak nak kalah ... Seorang lelaki yang bekerjaya, smart, berpenampilan menarik dan apa yang ber2 lagilah =p ... Tentulah susah.

Mari bercerita tentang pengalaman.

Kalau kategori lelaki yang aku sebutkan tu, aku pernahlah nak try...Baru NAK TRY yea ... Dia memang well-educated, physically mmg terbaik (pada pandangan mata aku), good looking tu adalah sikit (oklah tu, aku je yang nak tengok dia bukan utk tontonan umum), kerja pun bagus tapi dalam masa berkomunikasi dengan dia tu, sometimes aku rasa ego dia ni tak terlawan. Rasa macam susah betullah nak komunikasi ngan mamat sorang ni. When he offers help utk certain perkara yang aku tanya, tak tanya pun ada gak dia offer utk menyumbangkan idea2 dia yang bernas (oh, dia mmg pandai!) , adalah macam menarik perhatian aku dan tak kurang juga yg menjengkelkan dan maka terkeluar ayat ini secara automatiknya "Macam bagus je dia nih!" huhuhuhu, tapi mmg dia bagus pun. sigh~

Dalam proses nak mengenali dia, aku dapat rasakan kitorang ni takde chemistry langsung. Maybe dia menyembunyikan bahagian tu so that I will not going to try any further. Mungkinlah, kalau itu yang dia cuba buat baguslah. Kemuncaknya, aku cancel mamat tu and dia pun dah selamat in-a-relationship. Sangat bertuah wanita itu. Perhaps. =p

Itu antara pengalaman baru nak try tapi tak mengambil langkah seterusnya yang boleh mengancam maruah diriku ini, hahahaha... The other story, berjaya ke peringkat seterusnya. Antara lelaki yang aku berani mati pergi bagitau feeling aku kat dia. fuh~!
Disebabkan kitorang ni jumpa pun susah, aku pun rasa dia ni tak ready. Aku pun menganggap dia kawan saja tapi still kekadang tu aku terbayang2 dia jodoh aku tapi kalau boleh aku akan mengelak. Kenapa ya?

First of all, aku sangat tak suka orang yang tak tahu nak buat keputusan yang suka menggunakan perkataan "tengoklah nanti kalau ada jodoh adalah." Memanglah betul statemet tu tapi wahai wanita faham2 jela...That is another way to say "NO" in a very much what you call it?? ahah! poise manner. Jadi, tak perlulah berharap lebih.

Meluahkan perasaan kita kadang2 tu bukanlah bermakna kita ni desperate. Bukankah Saidatina Khadijah yang melamar Rasullah?? Cara tu kena betul, that's all. Kalau rasa suka kat someone tu gunakanlah orang tengah tapi segan jugakkan nak suruh orang merisik untuk kita. Haih~!

Nak menjalinkan hubungan ni mmg sesuatu yang complicated!

Tapi apa yang aku boleh suggest kat sini, seeloknya kalau once dah jumpa calon suami terbaik habislah untuk korang buatlah istikarah sbb nak dapat confirmation yang lebih tepat. After that, buatlah solat hajat. Memudahkan urusan korang untuk dipertemukan, berbual2 dan mengenali satu sama lain. Guna orang tengah malu, kan? or takut tetibe orang tengah pulak yang tersangkut (hehe) ... Then, guna bantuan DIA, terjamin selamat!

Bercinta ni memang best tapi kena ingat, ia juga datang dengan tanggungjawab. Pandai2lah pikul tanggungjawab tersebut. Baik tanggungjawab sebagai pasangan dan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Janganlah dah dapat approval daripada DIA, korang nak main redah je buat sesuka hati. Dah minta pun cara belandaskan Islam eloklah nak menyulam bibit2 cinta tu pun berlandaskan Islam. Bukan susah pun. Apa2pun terpulang kepada hati.

huhuhu, dah macam penceramah bebas plak. =p

Apa2pun, selamatlah dengan niat ikhlas anda untuk mencari pasangan hidup sebab mancari pasangan hidup pun dah dapat pahala. Jadi berusahalah sehingga berjaya. InsyALLAH.

Ok, till then
-ToOdLeZ-

Comments

Fath_n!e$@ said…
yeezzerr..aku memang pemalu..malu aku tahap cipan..cipan pun tak semalu aku..hahaha..apa yg aku rasakan sekarang nih, dia dah ada sumone...MAYBE...tp TAK PASTI... Maybe NEXT plan lak after this... BTW, aku pegang sekrang nih, " ala, baru kawan jer KOT.." konon nk relex kan hati aku sikit..thanks for this entry...aku sgt suka membaca nya...TAWAKAL + USAHA... tawakal yer, usaha lom...bcos, tak berani ma bg tau..bcos aku perempuan..even nampak jer gagah perkasa, tp hati lembut maaaaa
understood...takpe2, gunalah suggestion yang telah diberikan...malu itu satu sifat yang harus ada pada wanita, so it's not a problem. Tetambah lagi menyentuh hal2 macam ni. So, you just fine dear. (^^,
So pada pendapat pengarang *cewah* cemane nak nampak kalo seseorang hawa itu malu nak tanya/luahkan kata pada seorang adam? =) *yela, kalo nak tau isihati*
Hurm, kepada en yang bertanya...hehehe

Rasanya, kita akan nmpk dari segi perilaku dia kot...bukan lelaki ada 6th sense utk dpt rasa seseorang gugurl suka kat dia ke???

Contoh;
Dulu, rilek je bila bercakap tapi sekarang ada macam batasan .. kalau si dia tau anda sudah berpunya lagi obvious kot sebab jarak dia dengan anda semakin menjauh...huhuhu

*ok, itu tertakluk kepada gadis yang seperti mana yang meminati anda.

Ada sesetengahnya sampai ke sudah lelaki tu tak tau sehinggalah gadis itu sendiri yang membocorkan rahsia hatinya tapi dah terlambat. oh, so sad~!

Jadi, kena alert yea dengan keadaan sekeliling.

(^____^)