Bila orang tegur ... (~_~!


"Aisya, kenapa dah naik badan ni? Tak nak besar lagi, nanti tak cantik."


"Aisya, dah berisi sekarang."


and adalah lagi beberapa teguran yang tak appropriate untuk dikongsi bersama anda2 =D
Paling tak tahan bila ditegur oleh nenek yang mengasuh anak sedara aku. Yang aku jumpa pun rasanya setahun sekali kot, wuuuuuu~ T.T

Aku hanya membalas dengan senyuman... =(



So, apa yang berlaku kemudiannya? Kepada yang tidak mengetahui, insan yang bernama Nur Aishah (akulah!) pantang ditegur tentang berat badannya. Oh, dia sangat obses dengan body shape and weight. fuh~!

Dengan itu, dia pun bertekad untuk mengurangkan berat badan dan mengembalikan body-nya yang dahulu. Oh, she is so determine now...There's no turning back.

Since, sekarang aku dah menjadi pemastautin tetap kat umah parent aku ni, jadi keselesaan untuk makan sesuka hati tidak lagi mempunyai batasan. Kalau macam dulu, duduk asrama memanglah ada kebebasan untuk makan tapi makanan plak yang sukar untuk diperolehi in term of jarak nak ke kedai (dasar pemalas! hahahaha) .... Bukan apa, malas nak kuar dari kawasan kolej pergi ke pekan Serdang dan membeli di kedai runcit. Selalunya kalau dah keluar tu beli sekali barang2 makanan tapi aku ni sentiasa berjimat, jadi kadang2 tu makanan tu jadi tak cukup balik...(jap, pehal aku explain semua niiii???? ish!)


Sambung...


So, aku pun cukup makanlah di rumah parent-ku ini. Mak aku pun suka masak, dah tu suka paksa aku makan T.T ... Bukan aku je, kalau kengkawan aku datang umah pun memang dengan korang2 sekali kena paksa makan...Sudah dibuktikan oleh teman2 aku yang pernah berkunjung ke rumah aku. Hahahaha ... Bukan apa, mak aku tu memang suka bagi orang makan. Dia suka tengok orang makan apa yang dia masak. Biasalah tu, rasanya aku pun nanti macam tu. Rasa bahagia je kalau ada orang makan masakan kita. Siap puji lak tu, lagi best...hurmmmm, tetiber terberangan kejap =p


Setelah mendapat teguran2 berkenaan, aku pun berusaha untuk menurunkan semula berat badan aku. Susah jugak mulanya sebab kena kawal pemakanan dan kena juga buat senaman kardio and also untuk shape kenalah buat senaman pembentukan badan. Mula2 tu gigihlah tapi lepas macam tak nampak beza, jadi semangat berkurangan.


So, one fine day di rumah abang sepupu aku di Meru, Klang. Aku pun consult dengan sepupu aku yang bekerja di gim....Dia memang taulah hal2 berkaitan senaman dan pemakanan yang betul ni. Akhirnya aku pun tau, kenapalah aku dah senaman tapi tak kurus2....hahahaha.


1. Makan kena jaga.
Aku selalu makan oat di malam hari, and i thought it's a good thing tapi no! it's not....Kenapa? Sebabnya Oat tu adalah antara makanan yang berat yang mana kalau makan di malam hari dan biasalah malam kita punya badan berehat...So, tenaga dari sumber makanan tersebut tidak akan digunakan dan akan disimpan. Akhirnya menjadilah ia lemak2 di dalam badan....Oat baik di makan pada waktu pagi.
Untuk makan malam, ambillah makanan yang lebih ringan. Contonhnya seperti yang saya ambil setiap malam sekarang, susu dan biskut (^___^).

2. Senaman di petang hari.

Bukan tak elok senaman di petang hari tetapi lagi bagus buat di pagi hari. Alasan yang terbaik adalah Pagi hari before breakfast, senaman berkenaan boleh membakar lemak yang berada di dalam badan dari sisa makanan di hari sebelum. Lepas senaman kita akan breakfast dan tenaga itu akan digunakan utk kerja pada hari tersebut. So we still burning those calories. Bermakna lagi banyak kalori yang dibakar. =D


3. To shape your body, you still needs to do your cardio excercise. Sebab kalau kita buat push up or crunches beribu2 kali pun, kalau lemak kat keliling badan tidak dibuang otot badan takkan kelihatan ia hanya sekadar menguatkan otot tersebut. Jadi, do your jogging or cycling or swimming (the best cardio excercise - to me) or else. Jangan risau pasal nak burn mana2 lemak pada bahagian badan anda. Badan anda yang akan tentukan lemak di bahagian badan mana yang perlu dibuang. Just do your cardio excercise and you will see the different on your body.


So far, tu jelah kesilapan aku.
Sekarang aku sudah mengamalkan kembali berjogging di pagi hari (setiap pagi!). Aku spent lebih kurang sejam berjogging dan lagi 30 min is for my body shaping excercise. Semua ini hanya mampu dilakukan oleh orang yang sangaaatttt banyak masa macam aku...hehe =p
Tapi takde masa bukan alasan terbaik untuk tidak kekal sihat dan cergas. (^^,


Alright, till then
-ToOdLeZ-

Comments

So, pasni layak jadi Malaysias Next Top Model la ek? kikiki~ Goodluck~ jangan anorexia nevosa k :p
huhuhu....oh, tak minat ar....minat tengok je.

Anorexia?? insyALLAH takkan kot...nak turun 1kg pun separuh mati...erk~!
Fath_n!e$@ said…
haha..separuh mati kwe sis?hikhikhik...chaiyok3x
betul!!!!! tension... T.T

Popular posts from this blog

Tag Lagi ...