Bila sel-sel otak tidak berhubung ...


Al-kisah ...

Weekend yang kurang sikit emosi happy sebab parent sudah pulang ke Penang and then memikirkan kerja di ofis yang masih belum settle dan ada hal lain yang dipikirin, menjadikan diri ini agak kurang fokus membuat kerja ...

See the picture below?

Kejadian yang pelik bin hairan bin ajaib ... Seingat aku kunci laci ni, biasanya kalau aku nak tersalah letak pun, aku tahula tempat biasa yang aku akan letak dia tapi semalam aku memang tak perasanlah since bila kunci tidak melekap di soketnyew!!! 

Kejadian hilangnya kunci tu pun aku sedar nak dekat2 maghrib hari Sabtu, dengan tidak menggelabahkan diri ini, cuba cari perlahan di sekitar bilik, MEMANG TAKDE!


Dalam hati, memang tertanya-tanya di manakah dikau wahai kunci??? Setelah gagal ditemui, sesi mencari dan menyelamat bersambung keesokan harinya...

Cari punya cari punya cari, memang tak jumpa ... Aku sampai dah youtube cara-cara untuk picked lock atau dalam bahasa melayunya rompel kunci ... Dari pagi bawak ke tengahari bawak ke petang ... Fikir nak bukak locked tu je dah menyebabkan sakit gila kepala.

Then, come my brother ...

Part ni macam a bit freaked out ... Dia jumpa kunci aku tu kat lantai bilik aku je ... ASTARAFIRULLAHALAZIM ... Terus dia suruh aku jumpa Psikiatri (-_-!
Tapi sesungguhnya memang aku tak nampak apa-apa pun di lantai ... Kalau betullahkan, di tempat yang dia jumpa, aku lalu-lalang siap amik gambar memang tiada sebarang kunci di situ ...

To take it positively, aku rasa aku banyak sangat fikir kot jadi buat kerja tak fokus benda depan mata pun tak nampak ... ALLAHUALAM
Dalam proses mencari dan menyelamat tu, terjumpa khazanah zaman bekerja di ofis lama TNS (gambar di bawah) ... Dah boleh jadi artifak dah benda ni ... KAHKAHKAH

Tahu tak menatang apa ni? And ianya bukanlah spesis kumbang walaupun rupanya memang menyerupai kumbang ladybird ... Ia adalah sejenis coklat yang aku sayang gila nak makan so dijadikan hiasan, akibat terlalu lama dalam beg tu sampai dah jadi debu-debu gitue ... Euuuuuwwww~

Sangat terlupa pasal cekelat ini ... Terus ke tong sampah 2 cekelat ladybird ini ... :p



Tragedi November yang pelik ni, aku kongsi di sini sebab macam malas nak anggap misteri sangat walaupun sedikit cuak-cuei jugak tadi lepas abang aku cakap kunci tu memang di lantai ... Untuk, tidak berfikiran yang bukan-bukan, aku anggap abang aku sesaje nak memainkan aku walaupun dia siap "WALLAHI" .. "I SWEAR" 

ALLAH MAHA MENGETAHUI ...

Yang penting kunci dah jumpa, hoyeahhhh~!!! Tak payah nak pecahkan laci ... fuh~


Okay, tu je nak share ... Till Then,
-ToOdLeZ-


p/s : Tak pepasal mak jemah disuruh jumpa pakar neuro ... kocik ati :(

Comments

takpela ..janji jumpa..

jangan lupa visit page i..ade banyak produk kecantikan..

**spam oleh mira si cantik
Hi Mariam jaga kambing!!! Sila hupdate blog anda kerana dirimu begitu berharga

Love,
Aisya comot!

Popular posts from this blog

My P.O.V - Shontelle her T-shirt song?

...there goes my chance (yg entah ke berapa kali)

14teen going 15teen