Let's judge a book by it's cover

Should i state the date?? Hurm, no need-lah, ek?

So, should i wrote this one in English or Malay??? Malay-lah, ek? It's easier for me to deliver the message =p

Alright, here goes nothing ...

Hari tu masa aku tengah browse FB, aku pun secara tak sengaja termasuk page sepupu aku kerana aku tertengok status dia yang agak menarik pada aku ...

"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. (pesanan utk diri sndr jgk..hehehehe)"


Begitulah status yang diberikannya ... Aku pun tengoklah komen2 manusia yang bertindakbalas dengan status tersebut ... Ada sesuatu yang menarik yang telah aku temui ... Hahaha ... Satu komen ni yang betul2 makan dalam jugaklah kalau kita tengok secara sekali imbas tapi bila baca banyak2 kali, IT MAKES SENSE!

PERHATIAN : Komen agak panjang ... hehe =p

"Mana ada. Kita bukan chimpanzi. Semua pasangan normal nak pasangan mereka berparas rupa elok. Tak der nyer pompuan saja2 nak laki muka pecah rumah. Laki pun sama. Tak der pasal nak carik pompuan muka jongos. Semua tu penting. Kekayaan perlu. Rupa paras perlu. Yang boleh rupa paras dan kekayaan tu berfungsi secara elok ialah agama. Kalau tak der pengaruh agama, bukan sahaja rupa paras yang elok tidak berguna, rupa mcm kambing pun akan membuatkan hari2 anda menderita, malah lagi teruk. Oleh itu tertariklah kepada mereka yang berparas rupa elok dan berharta tetapi ingat, kedua2nya mestilah ada pengaruh agama. Sekian. Hiduplah dengan realistik bukan dengan falsafah yang menyedapkan hati tetapi menipu diri sendiri. "

Jadi, apa pendapat anda????

Mungkin akan ada yang cakap terlalu sempurnalah kalau kita dapat seseorang yang baik dari segi rupa parasnya, kehidupannya dan lengkap pula dengan ilmu agamanya. Masakan kita ni dari dulu telah diberi input masuk dalam kepala kita ni "TAK ADA MANUSIA YANG SEMPURNA" ... Memang susah nak jumpa orang yang ada ketiga-tiga 'Main Menu' tu ... haha

Minggu lepas dalam wanita hari ini, ada membualkan tentang isu "Dara di zaman moden" ... Antara tetamu rancangan tersebut 2 remaja perempuan yang sedang mengandungkan anak luar nikah. Aku tak nak cerita pasal diorang tetapi aku nak sokong saranan Pakar yang bercakap pada hari itu, Sorry aku tak tengok pulak nama dia tapi dia seorang lelaki ... Dia kata, ibu bapa selalu mengambil berat tentang anak perempuan berbanding lelaki ... Anak perempuan akan dikongkong lebih berbanding anak lelaki ... Disebabkan itu anak lelaki ni buat ikut suka hati diorang je ... Dahlah diorang tu nanti nak memimpin keluarga ... Ilmu agama tak ditekankan sangat ... Bila dah tak ada ilmu agama itu yang jadi - bawak keluar anak dara orang suka2 hati je nak pegang sana sini ... Yang perempuan laks merelakan je tanpa fikir akibatnya.

Jadi, persoalan aku kat sini - dari pemerhatian aku yang kecil ni : Ada lagi ke kita2 ni yang ada 'Main Menu' tu????

Apa2pun, yang penting pada aku ... Agama tu of course-lah sebab pada aku orang yang tahu mencintai pencipta dia sahaja yang tahu menilai erti cinta sebenar ... Dia nak buat apa2 yang tak elok pun dia akan berfikir dua kali - ada yang memerhatikan perbuatan dia tu ... Bukan susah nak jadi jahat tapi takdela susah benor nak jadi baik tu pun!!

Kalau nak cari yang hensem atau cantik sangat tu pun, ada yang tak bersetuju sebab takut tak senang duduk je memanjang ... hehe ... Pada aku, cukuplah sekadar sedap mata aku memandang ... Pada aku elok, pada orang tak elok - Lantak Ekaulah, eden apo pedulik!
Cantik pada zahir adalah sesuatu yang tidak kekal lama, biar yang tak berapa zahir tu yang elok barulah kita akan sentiasa rasa terpelihara...wah~!
Aku setakat ni dah bertemu dengan ramai jejaka, hahaha ... Pada aku, semuanya ada rupa (tahniah kepada anda atas kurnian ALLAH yang berupa pinjaman semata itu!!! ... Perhatian : Aku tak pilih, dia datang sendiri!) tapi satu pun tak work out dan aku pun tak tahu kenapakah ... Ada yang aku tau kenapa tapi malas nak isu kat sini =p

Bagi menu yang ketiga, berharta - Hurm, yang ni aku bukan tak setuju tapi pada aku, kalau dah sedia berharta yakni mewarisi dari keluarga, aku tak berapa suka kot tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana ... Aku lebih suka lelaki yang ada usaha untuk majukan diri sendiri ... Berusaha sendiri untuk membina kehidupan dia ke arah yang lebih menyenangkan SENDIRI tanpa melupakan lunas-lunas ISLAM yang dah tersedia untuk diikuti ... Kalau pandai cari duit dengan cara yang salah pun, tak guna jugak - right???

So, kesimpulannya silalah teliti pasangan anda masing2 ... Ada ke tidak ciri2 tu semua takpun salah satu yang di add-up dengan agama ... Pada yang tak ada tapi sedang mencari, boleh juga cari orang yang sekurang2 berakhlak - Bukannya kalau kuar ngan korang keje nak memegang mana yang tak patut (This goes to girls) or belum apa2 dah nak bercakap yang bukan2 dengan korang ... Untuk lelaki tu, since korang takde yang boleh memudaratkan korang pun kalau ada apa2 berlaku - Aku suggest korang menilai perempuan tu dari segi sifat dia ... Bukan tak ada perempuan yang ala2 sluts ni, dapat lelaki kira nak main2kan je ... Lepas tu, cari orang lain bila dah jumpa cacat cela anda si lelaki.
Jadi pepandailah anda membuat pilihan ... Anda lebih tahu apa yang terbaik untuk diri anda.

Kalau kamu si lelaki rasa yang suka bukak sana sini tu adalah yang terbaik untuk anda - Itu adalah pilihan anda.

Kalau kamu si lelaki suka yang berlitup habis itu adalah pilihan anda - Okaylah tu, kurang bebanan dosa korang.

Bagi yang perempuan laks, kalau rasa yang lelaki suka pegang2 korang kononnya ada sense of caring-la adalah terbaik untuk korang... Itu adalah pilihan anda
Kalau rasa yang jenis kuar tak nak pegang tangan or wutsoever tu juga pilihan korang - itu lagi bagus sebab dia ada sense of respect!

Aku nak masukkan jugak di sini ... For my ex :

Walaupun, dia ni macam2 orang kata dia tapi aku respect dia sebab dia ada sense of respect tu ... He asked to hold my hand ... Hahaha ... tapi of course-lah aku tak bagi and he respect my decision ... Itu yang buat aku respect dia balik - tak kisahlah apa orang cakap pasal dia pun.

Penutup :

Pilihlah pasangan berdasarkan 3L & 1D ni
-Lijamaliha (cantik/kacak)
-Limaliha (harta)
-Linasabiha (keturunan)
-Diniha (agama)

Yang paling penting bawah sekali tulah ... So, fight for it! Jangan main hentam keromo je nak buat isteri or suami korang masing2 !! =D
Ingat once dah terikat bukan boleh suka2 hati je nak leraikan - Perceraian itu sesuatu yang dibenci oleh ALLAH walaupun dibenarkan dalam Islam ... Perkahwinan bukannya untuk sekadar cuba-cuba - Harap maklum!

Alright, till then
ToOdLeZ


p/s : maaf andai ada sebarang kekhilafan - aku hanya manusia biasa =p

Comments

aDyLLa OmaR said…
wah..pnjg.. tp tetap bace abes..
sy stuju part komen fb yg kedua tu.. yeee~

jodoh pertemuan di tgn Tuhan..kita mampu mrncg Tuhan menentukan.. (ayat stendet~) :D

:))
hehe...dilla mmg jodoh pertemuan di tgn tuhan ... jadi, berdoalah dari sekarang agar dipertemukan dengan org2 yang dlm kalangan soleh =D

Popular posts from this blog

Tag Lagi ...