Bagaimana dengan bahagianku?

Pemergian aku ke JB kali ini, tidak seperti kebiasaannya. Kali ni penuh pengisian. Sesuatu yang buat aku berfikir2 sampai terpancar kot ke muka aku ni sebab anak sedara aku datang kat aku and tanya "Mak su, kenapa mak su camni (sambil wat muka sedey)?"
Aku tak dapat nak jawab sebab tiap kali nak cakap rasa nak nangis. Then, abg aku lak tanya soalan yang sama. ak simply phrase "I've seen a lot today." Bila abg aku tanya apa yang aku nampak. aku cakap "LIFE!".

Mari start cerita.

Pada hari Sabtu (31/7/2010), aku berada di umah tok aku untuk kenduri sempena menyambut Ramadan, abang aku yang organize majlis tu di umah tok aku ... Majlis ni secara tak langsung dapatlah menemukan sepupu2 semua since atuk aku pun dah takde, so jarang dah semua balik ke umah atuk aku di Larkin nun ... So, ni salah satu nak bagi semua adik-beradik berkumpul. Pagi tu merewang, and petang tu my parent and I dan jugak sorang makcik aku ni nak pergila melawat sedara mak aku dekat tmn damansara alif sorang kat bandar baru uda dua orang. So, pergilah ke sana.

The first house kitorang pergi nak melawat sepupu mak aku ni yang kena kanser payudara. Kitorang datang nak melawatla. Kebetulan aritu dia dapat cuti dari hospital - dapatlah pulang ke rumah. Borak2 ngan dia segala. Masa dia tahu dia kena kanser dia dah tahap 4 - which means kalau g hospital pun doktor dah tak nak buat apa tapi in her case doktor baru nak menyediakan proses kimo tulah. Kami tertanya2 dia tak perasan ke benda tu sampai dah stage 4 baru nak perasan. Dia cakap dia tak tau sebab tak sakit, sampai kaki dia sakit2 then dia jatuh dan badan dia macam stroke sebelah. Bila gi check baru tau kata ada kanser. Baru aku tau benda tu tak rasa sakit. Nasib baik masa dia jatuh ada orang kat umah, sempatla ada yang mengurut bahagian muka yang dah mula berubah kedudukan dengan minyak tanah. Alhamdullilah stroke tu hilang.

PERINGATAN untuk perempuan : Selalu2lah buat pemeriksaan sendiri, kalau ada rasa ketul2 kecil jangan wat tak endah je. It can happens to anyone! eat healthy and live healthy!

Rumah kedua aku pergi untuk melawat tok sedara aku yang sakit jugak, dah dekat 3 tahun dah dia sakit. Sekarang yang jaga dia wife dialah. Sangat baik tok cik tuh, sabar dia menjaga suami dia yang terlantar. Masa aku pergi tu baru tau tok cik aku tu dah tak nampak mata dia. Patutla aku hulur tangan nak salam dia tak sambut. Dulu okay je, macam mana leh jadi camtu. Guess what? Doktor tersalah bagi ubat mata, titis dalam mata esok pagi buka mata sebelah kanan kabur langsung. Bongok tul doktor mana ntah yang suggest ubat tu.
Bayangkan dengan mata tak nampak, nak jaga suami yang terlantar tapi dia still buat keje dia. Part ni paling aku tak tahan, aku ni bukan jenis cover emosi aku. Kalau aku nak nangis memang aku nangis je. Sedihlah. Korang pun kalau korang berada dekat situ pun korang akan rasa sebak. Masa tu plak orang banci datang umah, nasib baik kitorang ada dapatlah tolong carikan ic dia suami isteri. Tok chik lelaki lak dah makin kurus badan dia. Dulu ingat lagi dia sorang yang kuat, gagah je. Masa raya, salam tangan dia mesti ada bau minyak wangi kat tangan. WAAAAAAAAAAAAAAA~ sedeyla tengok dia macam tu. Keluar je dari umah tu, air mata aku pun terusla memainkan peranannya.

Bahagian masing2 - begitulah kata beberapa orang yang berkata begitu =p

Semua tu macam memberi kesan kepada aku. Macam mana dengan aku nanti? Adakah aku akan tua dan menyusahkan anak2 aku? Sanggup ke anak2 aku jaga aku masa aku tua nanti? Anak2 aku tu nanti sanggup ke jaga aku yang sakit tua? Adakah aku akan keseorangan masa tua nanti? =(

Mudah2an bila aku tua aku tak menyusahkan sesiapa. Mudah2an DIA ambil aku dalam keadaan baik. Kalau umur aku sampai tua, biarlah aku mati dikelilingi anak2 yang soleh dan solehah. Kalau aku hidup tak sempat nak sampai chapter cucu mudah2an aku diambil DIA pun dalam keadaan yang baik. Pulang dalam iman. Pulang sebagai muslim yang beriman dan bukan yang sebaliknya. AMIN~ T.T

Bagus jugak pergi melawat orang sakit ni, boleh buat kita insaf dan dalam masa yang sama memperbaiki diri kita. Bila tengok mak ngan ayah kita pepandailah jaga hati diorang. Walaupun kekadang tu ada yang menguji kesabaran - sabar jela...make sure you pass!



Alhamdulillah dengan apa yang telah DIA berikan kepada kita.

Till Then,
-ToOdLeZ-

Comments

eM. said…
maksu tomey2 ye tuhhhhhhhhhhh
hehehe ... =D

Anak abg aku yg baru tu tomei...camnela nnt bila balik Saudi ...wuuuu T.T

Popular posts from this blog

My P.O.V - Shontelle her T-shirt song?

...there goes my chance (yg entah ke berapa kali)

When the love falls