Solat dan Sihat! (^^,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada perkara di atas (dah macam bunyi tulis surat rasmi, lak) but anyhow ... Today we're going to touch a little bit about what I have read today about "Solat Kebaikan dari perspektif Sains". Okay, the detail about the book will come later.

Now, Seperti yang kita yang beragama Islam dan insyaALLAH yang tidak beragama Islam pun tahu, Muslims perform their prayers 5 times a day and night. Seperti firman ALLAH dalam surah al-Anqabut ayat 45.

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."

So, dalam solat yang kita kerjakan sehari2 tersebut merangkumi pergerakan-pergerakan berikut;
  • berdiri (qiyam)
  • membongkok (ruqu')
  • sujud
  • duduk (tahiyyat)
Pergerakan solat yang sempurna melibatkan pergerakan yang sama untuk beberapa rakaat (kitaran). Di dalam buku ni dijalankan kajian ke atas beberapa orang yang mengerjakan solat dengan sempurna. Okay, sempurna di sini bermaksud mengikut tertib, menjaga posisi badan bagi setiap gerakan dalam solat dan berhenti seketika di setiap selang pergerakan dan memahami makna bacaan (bacaan masa rukuk, sujud, and so on).

Sekiranya anda insan yang berjaya menepati syarat sempurna solat di atas anda mungkin akan dapat merasai perbezaannya. Kalau kadang2 tu kita pergi solat dekat masjid kita memerhati orang solat laju semacam je kalah bas ekspres, maknanya orang tu tak mengaplikasikan tomaqninah atau behenti seketika di dalam solatnya. Tomaqninah atau berhenti seketika atau bertenang seketika adalah suatu perkara yang dilakukan semasa rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Dinyatakan di dalam buku ini, posisi tersebut perlu dibuat dengan kadar satu tasbih. Keadaan ini dipercayai memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat. Perkara berkenaan tomaqninah ini ada disebut di dalam hadis riwayat al-Bukhari;

".... Kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamaqninah)."

Pergerakan di dalam solat yang kita jalankan setiap hari dan malam dapat mengurangkan masalah kegemukan, reumatik, diabetes, sembelit, penyakit bengkak (edema), penyakit jantung dan sebagainya. TAPI dengan syarat pergerakan di dalam solat itu dijalankan dengan betul!


QIYAM

Qiyam bermaksud berdiri tegak. Sekiranya tidak mampu berdiri tegak, Islam memberi kelonggaran untuk bersolat dalam keadaan duduk, tak boleh duduk solat secara mengiring dan seterusnya. Nak menunjukkan betapa Islam mementingkan solat itu. It's the only way to stay fit kalau anda golongan yang memang tidak suka bersukan or tidak dapat melakukan aktiviti2 sukan. =|

Semasa berdiri tegak (qiyam), tangan perlu berdekap, iaitu kedudukan tangan kanan berada di atas tangan kiri, dan kedua2 tangan tersebut berada atas paras pusat. Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah.
Perbuatan mendekapkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua tangan. Mengikut teori ahli fisiologi dalam posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan sendi pengelengan tangan serta otot-otot dari kedua-dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini dapat melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbul penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.

RUKUK

Rukuk seperti kita tau yang dimulakan dengan mengangkat takbir yang mana tangan perlu setinggi telinga atau bahu. Kemudian badan akan ditundukkan sebanyak 90 darjah, make sure korang tunduk 90 darjah bukan 45 atau 180 darjah lak yea... =D
Tangan anda perlu berada di lutut, tekan sikit supaya anggota belakang badan lurus. Mata pula ada 2 option either u'olls nak memandang ke arah tempat sujud or kaki.

Mengangkat tangan sebelum dan ketika bangun dari rukuk. Ada hadith berkenaan perkara ni. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a yang bermaksud;

"Nabi SAW, apabila hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu. Tatkala mengucapkan takbir untuk rukuk dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada rukuk, juga Baginda berbuat demikian. Dan membaca: 'Allah maha mendengar sesiapa yang memujiNya'. Baginda tidak berbuat demikian tatkala sujud."

Keadaan tangan dan jari kaki ketika rukuk adalah tangan diletak pada lutut seolah-olah mengenggam kedua-dua lutut. Itu apa yang nabi buat. Baginda juga meregangkan jari-jari tangannya.

Tulang belakang haruslah diluruskan. Kalau tidak camne nak dapat 90 darjah tu, right? Dinyatakan dalam buku ni, kena lurus sehinggakan apabila segelas air diletakkan di atasnya, air tersebut tidak akan bergerak. Hah! Cuba korang test....hehe =D

Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher, dan tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah sengal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang rawan, radang tulang bahu dan sengal otot. Gerakan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.

Syarat yang dikenakan untuk tamkninah tu dah gitau kat atas.


SUJUD

Sujud dimulai dengan meletakkan lutut dan tangan di lantai. Postur sujud sepenuhnya melibatkan persentuhan antara tujuh anggota (dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki/jari-jari kaki yang dibengkokkan) dengan permukaan lantai.

Keadaan tangan hendaklah diregangkan dari tubuh badan dan siku pula diangkat iaitu tidak menyentuhi lantai. Okay, cuba test sekarang.

Dahi dan muka berada di antara kedua-dua tangan dan jari-jari dirapatkan. Kalau masa rukuk kita disuruh untuk meregangkan jari2, sujud kita kena rapatkan jari-jari yea kawan2. =D

Keadaan ketika sujud bukan saja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran-saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan terurut. Fenomena ini dapat menghindarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (asteriosklerosis). Jadi pengaliran darah dan limfa ke seluruh anggota badan pun LANCAR! (^^,

Selain itu, rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat berkembang dengan baik baik menghirup lebih udara bersih ke dalamnya. Hal ini akan membantu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit Tuberkolosis (TBC).


DUDUK ANTARA DUA SUJUD & TAHIYAT AWAL

Okay, duduk antara dua sujud ni dinamakan duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi alas (firash). Tapak kaki sebelah kanan ditegakkan di atas lantai, sementara jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh). Kiblat merujuk kepada arah kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam.

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut. Okay, pada kedudukan ini tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar di mana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu juga, posisi ini juga dapat menghindarkan dan menjadi penawar panyakit saraf pangkal peha.

DUDUK TAHIYAT AKHIR

Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat).

Ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan diaktifkan. Sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.

Hurm... berpinar mata korang baca. Amacam adakah anda melakukan pergerakan solat anda seperti yang dinyatakan di atas? Setiap saranan di atas ada hadis yang menyokongnya tapi tidak aku masukkan sebab kalau masuk semua alamatnya lagi panjang entri aku ni. Anyway, seperti yang telah dijanjikan di atas detail about the book akan menyusul, so here it is ... Buku ni harus anda semua beli sebab penerangan yang akan anda dapat lebih detail lagi dan anda boleh tengok kajian yang dijalankan secara saintifik. Kebaikan solat kepada jantung, pinggang, otak, otot dan DE (Disfungsi Ereksi)

Source : Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains
Penulis : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, Ng Siew Cheok
Diterbitkan oleh : Jabatan kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan, UM

So, selamat mencuba...Senaman yang tidak berat baik dalam membantu pembakaran lemak. Sukan lasak membakar karbohidrat. Okay, Selamat beramal.

Till then,
-ToOdLeZ-

Comments

Hehe selamat mencuba juga! Lagi2 yang sunat :) Makin sihat jadinya, insyallah~
betul2 ... ngah berusaha gak merajinkan diri buat yg sunat ... =p

Popular posts from this blog

Tag Lagi ...