Life is hard die even harder ...
Ola ~
Semangat pulak update blog ni lately walaupun post sebelum2 ni (within this year) entah apa2kan. Dah setahun tak update bila update merapu plak tu. Lari tajuk plak tu. Maafkan saya~~~~ (-_-!
Sewel sikit beberapa hari lepas but say no more...I'm back!
Let's get started with the new entry. Kali ni punya entry Inshaa ALLAH berilmiah sikitla. Mungkin jugak banyak ilmiahnya. After what happened to me past couple of weeks, another new lesson learned. ALHAMDULILLAH. In learning to stay grateful and enjoy life.
As normal human being, we do make mistakes. Mana taknya manusia ni adalah makhluk ALLAH yang pelupa dan keras kepala plak tu. Pelupa dan keras kepala satu kombinasi yang tak bagus TAPI tak bagus tak bermakna tak boleh diperbaiki kepada yang bagus, correct?
Aku mengalami satu keadaan, di mana aku cuba menolak yang betul dan menerima yang tidak betul ... faham ke tak tu??? HAHAHA
Biasanya kita akan mengalami keadaan tersebut sekiranya kita berada di dalam suatu situasi di mana kita cuba mengikut nafsu. Walaupun, dari segi logik dan pemikiran kita ia adalah sesuatu yang tidak betul, tapi MASIH kita cuba untuk "putaq alam" dan membetulkan jugak keadaan tu. yea, sangat complicated, kan????
...and guess what happened afterwards???? HE remind me thru HIS words in verse of Quran;
Surah al-anbiya' ayat 74 - 75
"Dan kepada (Nabi) Lut, Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu dan Kami selamatkannya dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang jahat lagi fasiq. Dan Kami masukkan Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami. Sesungguhnya dia daripada orang yang salih."
Okay right after reciting that surah, I feels like a light slap on my face but the feeling so strong, it keeps fighting back and to my surprise, IT WINS!!! (Kadang2 memang kena rendam dalam kolah masjid gak aku ni)
So I weep, I keep asking why me ... Neglect other people surround me ... I lost focus ... I even talk to myself (Kalau sikit2 takpela, ni dah macam orang frust teruk sangat). Hurmmm, then and only then DIA menyerahkan aku sendiri kepada tuan tanah kedaung yang akhirnya beliau sendiri yang menyedarkan aku dan seterusnya menghilangkan sedikit demi sedikit perasaan itu.
Okay, jadi apa yang cuba disampaikan di sini adalah ... Phrase yang paling aku suka amat
"GOD WORKS IN A MYSTERIOUS WAY"
Kadang-kadang, kita didatangkan dengan ujian. Tak kiralah macam mana bentuk ujian kita tu tapi kita akan dapat satu atau mungkin lebih depends on how much love HE have for you. (^_____________^)Y. Pasti DIA akan sediakan sekali jalan penyelesaiannya. DIA takkan bagi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba2NYA. Itu kita semua pun dah jelas. kan???
TAPI...
Kita kenalah faham...Bila datangnya ujian jangalah kita menjarakkan hubungan dengan DIA. HE is our only hope and HE is our only help. Macam kes aku ni, agak rumit sikitlah sebab aku punya emosi sama naik ngan minda. Berlawanan sampai kekadang tu jadi penat sendiri. ALHAMDULILLAH, Quran is the best medicine walaupun masih berlawanan dengan tuntutan hati HE always have way to open my eyes. I'm not saying the Quran not helping me, NO! It does, but well you know sometimes I also lose to my nafs (lust).
Always pray hard, recite Quran. NEVER LEAVE YOUR BEST BUDDY!!! THE QURAN.
Hari ni, again diingatkan ...
Surah Al Hajj ayat 3-4
"Ada antara kamu yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakannya, maka sesungguhnya dia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka."
dan ayat seterusnya, kalau baca pun banyak mengingatkan kita tentang azab seksa yang menanti orang-orang yang kufur.
Okay, nak off topic skit ...
Bila baca terjemahan dalam Quran ni, penggunaan kata KAFIR. Kita selalu merujuk Kafir ini kepada golongan-golongan yang bukan Islam. Dulu pun aku berfikiran macam tu tapi lepas dengar tazkirah daripada abang aku, dia cakaplah ... Kafir tu sesuai digunakan kepada mereka yang mengetahui tetapi menutup mata dan telinga daripada mendengar perkara-perkara yang membawa kepada beriman dengan tuhan yang satu. Bagi mereka yang bukan Islam tidak bermakna mereka itu Kafir unless sudah sampai kepada mereka penjelasan dan pencerahan mengenai Islam secara direct yang mana ada two way communication gitu, dan apabila mereka menolak barulah boleh dikatakan mereka itu golongan Kafir tapi selagi tidak sampainya ajaran itu sendiri kepada mereka, mereka tidak digelar Kafir.
But then, apakah status mereka yang dilahirkan di dalam keluarga Islam tetapi tidak mengamalkan nilai-nilai Islam itu di dalam kehidupan seharian? Adakah mereka digelar JAHIL? Allahualam ... Saya pun perlukan pencerahan mengenai perkara ini.
Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat di sini ...
Hidup ni memang best ... Memang indah ... TAPI Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud;
"Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan at-Tirmidzi dari Abu Hurairah)
Walaubagaimanapun, selagi kita hidup usahakanlah untuk menjana sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita di sana kelak. Hidup ini payah tapi mati tu lagilah payah kalau kita ni dalam golongan yang cecukup makan je ... #kuis2tanah (Sayalah tu (-_-! )
Entri kali ni tidaklah untuk menghukum mana-mana pihak tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri. Rasa sayang itu mudah wujud sesama manusia yang mungkin timbul atas banyak faktor tetapi masih perlu ada batasannya. Takkan hilang rasa sayang ini malah akan sentiasa kekal dalam doa dan ingatan. Insha ALLAH.
Dear beloved friend,
I will always pray for you and I will never give up on you. Thou, somehow we will lost contact and stay far away from each other. Just be reminded that you never too far away from me for I will always keep you in my dua'. May one day, we shall meet again and share our heart and thoughts. Insha ALLAH.
ToOdLeZ,
- Aisya -
Comments