3 dalam 1 ... Dimulakan dengan BISMILLAH
Assalamualaikum pembuka bicara ...
Dah macam jadi rutin pulak sekarang ni, sampai ofis update blog ... Teringat zaman-zaman LI, macam tula :p
Kisah #1 : CENGKODOK (bukan ejaan sebenar) PISANG!!!! yum!
Aku memang peminat pisang yang tegar ... Especially bila diolah menjadi kuih2an dan kek2an :p ... Sebagai contoh, cekodok pisang ni ... Dalam minggu ni juga aku telah menyampaikan hasrat kepada salah sorang chef yang hebat di jabatan aku ni,
"Tetiba tekak teringin nak makan cengkodok pisang ...", begitulah lebih kurang perbualan yang aimless kekadang tu. Tetiba je terkeluar ...
Dengan tidak semena-mena, chef berkenaan telah mengepos gambar cekodok yang sudah siap digoreng di IG (Instagram-lah!) beliau sambil menyebut namaku ini ... KAHKAHKAH
Rasa macam ada mak kat sini ... sob,sob T.T ... Tengkiu kak Jeni a.k.a Noor Zaini bt Talib (Amik sebut full name lagi ... haha) - Itu pun kalau anda membaca blog ini :p
Dulu, masa kat ofis lama ada jugak "mak" kat sana, tapi sebab berlainan agama and dia pun faham, jadi dia selalu bawak buah-buahan kasi kami di ofis makan ... Pernah sekali tu, bawak macam-macam buah (manis-manis pulak tu semua), buat pesta buah kat ofis - buat rojak, makan ngan asam ... Haih~ kenangan ....... This one goes to my mom back in TNS, Michelle Cheong ... Rindunya dekat dia (-_-!
Ok, enough bout food!
Kisah #2 : Ibu siapakah?
Semalam, while waiting for the traffic to move terpandang makcik ni. Actually, bila lalu jalan ni memang kekadang nampak makcik ni. Macam terkedu sekejap melihat, rasa sayu je pandang...
Di manakah anak beliau?? kalau adalah ... Melihatkan dia menolak troli dengan hasil kutipan botol-botol tak silap aku, macam sedihnya ... *Speechless (-_-!
Kadang-kadang kita perlu dipertontonkan dengan panorama dunia seperti ini untuk membuka mata kita akan betapa kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada di dunia ini. Bila tengok orang-orang berusia datang di dalam benak fikiran:
"macam manalah mak ayah aku kat kampung?", terus ambil handphone and call mereka.
Anugerah terhebatlah untuk ibu bapa yang memiliki anak yang betul-betul menjaga mereka di hari tua sebagai mana mereka menjaga dan mendidik kita semasa muda kita. Kadang-kadang anak ni seakan terlupa akan tanggungjawab kepada ibu bapa terutama sekali bila ibu bapa yang bukan jenis meminta-minta malahan menolak pemberian anak kekadang tu, tapi ingatlah masih jauh disudut hati mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang kita di hujung usia ... Semoga aku tidak tergolong dalam golongan mereka yang mengabaikan kedua orang tuanya, AMIN.
Kisah #3 : Aku si ibu angkat ...
Aku memang suka kucing ... ikut hati semua kucing aku jumpa aku akan usap-usap, pukul-pukul sikit sebab geram (YEAY~!) ...
Kucing ni actually, sementara sahaja aku jaga dia. Sementara tuan penjaganya bercuti. Lokasinya di kawasan parkir ofis je. Kebetulan tuan punya parkir merangkap ofismate aku Kak Sulieen menyahut misi menawan gunung Kinabalu dan dah berjaya pun ... TAHNIAH KAK SU!!!!! #tiup2trompet
Jadi, aku diamanahkan sementara untuk parkir dan memberi makan kucing ini ... Maka jadilah aku ibu angkat kucing ni buat sementara waktu ... Kucing ni, hari pertama je dia izinkan aku usap2 dia ... Ari kedua dah ingat nak makan je, usap tak mo! Ceh kerek!
Nampak tak gambo dia ngeliat tu??? EEEEEEEE, tombok kang ... Geram! HAHAHAHAHAHAHA
Okbai!
Makanya, begitulah percantuman 3 kisah dalam 1 entri ... Ok, times out! kerja, kerja, kerja .... YEAY~!
Bui~
Till Then,
-ToOdLeZ-
Comments
nice...Love the fruit part brought by Michelle...miss Rojak.. :-)
Thanks for visiting my blog again ... Please dont go over way back of the blog ... Totally crap back then but still adorable thou ... HAHAHAHA
Everything about IS team is sweetness nothing but sweetness all the way ... The cold hour and the hot one ... :)