Hatiku Tertinggal di Masjidil Haram


Satu perjalanan yang panjang ...
Terubat di kala menjejakkan kaki ke Masjidil Haram ...
Lambaian kaabah yang kian hampir, semakin mengusik naluri di kala subuh hari ...
"Itu dia!" jeritan kecil hati ... di pipi mengalir air mata, tenang sekali di hati
Sampai juga aku ke sini ... Menghadap baitullah
Berdoa padaNYA, mencium hajarul Aswad ... Segala masalah, segala rasa kekecewaan yang pernah membalut diri terlerai ...
Aku melayang seakan kapas ... ringan dan damai


Starting yang agak emosi ... Honestly, aku masih rasa sedih meninggalkan Mekah, meninggalkan BaitullahilHaram ... Setiap kali terpadang gambar2 makin sayu jadi hati ... Aku mahu kembali ... AKU AKAN kembali lagi ke sana!

Walaupun cuma 6 hari di sana tapi rasa macam panjang sangat masa tu ... Kuasa ALLAH kan kita mana tau ... Setiap hari mesti ada rasa nak ke masjidilharam ... Rasanya sepanjang aku berada di sana, aku balik hotel untuk makan dan tidur ... Dekat sana, subuh pukul 5:30 pagi tapi pukul 1 or 3 senang2 je boleh bangun ... Setiap hari aku mesti bangun pukul 3, nak ke masjidilharam ... Nak buat tahajjud kat sana, solat hajat, witir dan solat sunat yang lain ... Sambil tu mata melekat di kaabah ... Hati rasa tenang sangat ... Sambil tu muhasabah diri dan minta semua doa aku di sana diperkenankan
Alhamdulillah aku dapat buat umrah 4 kali ... Aku tak dapat nak buat banyak kali sebab ikut parent aku ... Ayah aku pulak sakit kaki so susah dah nak tawaf dan saie ... As for me, setiap pagi aku akan buat tawaf sunat ... Lepas tu solat sunat tawaf dan cari port betul2 berdepan dengan multazam atau pintu kaabah ... Hari2 doa mengadap pintu kaabah sampai bila dah balik sini bila doa tu terbayang2 ... Itu yang sedih tu =(

Dekat sana cuti diorang Khamis dan Jumaat jadi hari Jumaat tu memang ramailah yang datang ... Sampai tak boleh nak mencelah sangat ... Aku pulak tak dapat nak fokus sebab tengok anak2 arab ni cute2 sangat ... Geram lak aku tengok ... Ada tu cam babydoll ... Gebu2
So, aritu je aku balik awal sikit ke hotel ... Ingat nak qiyamullail kat sana memandangkan hari Jumaat tu kira last berada kat Mekah ... Next trip ke Madinah - Ke Masjid Nabawi pulak ... So, datang balik untuk solat Subuh berjemaah ... Masa tu orang tak surut2 masih ramai ... Hari tu kira pertama kali seumur hidup aku, aku mengerjakan solat jumaat =D
Yakin je berdiri nih sekali terlupa niatnya - Tanya mak aku kat sebelah =p

Kat sana zuhur awal pukul 12:30 tghari ... Asar 3:44 petang ... Magrib dalam kul 5 lebih and isya' kul 7 lebih =D
By the time isya' waktu kat Malaysia dah pukul 12 lebih (malam!) - 1st time kat sana, masa isya' aku dah mengantuk bangat tengok jam, no wonderlah waktu tido aku kat M'sia ... Hehehe
Dekat sana setiap waktu solat tu, after solat mesti ada solat jenazah meaning ada je orang meninggal setiap masa kat sana ... and siapa yang tak nak meninggal kat Mekah, rite? it's not like meninggal kat sana so significant but it's just a matter of what we believes ... Ramai pergi di usia emas pun sebab mengharapkan meninggal di sana - from what i hear-lah
Still, ajal dan maut di tangan tuhan.

Since di sana, doa sangat2lah mustajab - Masa yang ada digunakan sebanyak mungkin untuk berdoa ... Aku bukan ke sana hanya untuk umrah tetapi juga ziarah, kadang-kadang tu time sangat pack dengan aktiviti2 ziarah oleh Tabung Haji Travel ... Bila ada peluang memang aku dengan mak aku akan ke masjidil Haram untuk solat ... Alhamdulillah, aku dapat cium Hajarulaswad yang memang susah betul nak dapat pergi dekat pun ... Ha, tu adalah salah satu daripada doa aku tu - Memang betul mustajab doa kat sana ... Aku hanya lintas dalam hati je ("Aku nak cium Hajarulaswad tu") - Simple je, kan? Tak pernah2 disuruh beratur untuk cium Hajarul Aswad sekali pagi tu, polis2 Arab tu suruh beratur ... Perempuan satu baris, lelaki baris yang lain ... Aku yang masa tu hanya berniat nak sentuh kaabah dengan seorang kakak nih, sekali kitorang ditolak masuk dalam barisan tuh ... Tak sangka sangat masa tu - walaupun sekejap dapat cium tapi cukuplah pada aku sebab tercapai hajat di hati ... And one more thing, aku tertanya2 kenapalah susah sangat nak nagis masa doa depan kaabah - Sebab aku tengok kakak yang aku rapat sangat dekat sana (Dia ada prob dia sendiri) dia doa je mesti nagis ... "Hurmm, aku pun ada masalah gaks, tapi napelah susah benar nak nagis..." =P ... Akhirnya, aku menangis jugak depan kaabah, satu masa aku sangat emo mak aku tetiba hilang selepas tawaf and lagi satu masa buat tawaf wida' ... Yang masa tawaf wida' paling tak tahan sebab iyalah nak tinggalkan satu2 tempat yang memberi ketenangan dalam jiwa ... Setiap lambaian (isti'lam) ke arah penjuru kaabah dan hajarul aswad (every glimpse) buat aku tak boleh tahan air mata yang kuar macam dah nak meraung ... Lepas solat sunat tawaf, baca pulak doa dia yang kita tengok dengan makna, lagilah ... Sangat sedih =(

Saie aku yang terakhir aku buat sorang sebab mak aku tetiba dah dulu dari aku - Aku tunggu mak aku punyalah lama lepas tawaf sekali mak aku dah dulu pergi buat saie ... Aku pun berjalanlah dari Safa ke Marwah sorang2 ... Dalam jalan berulang-alik tu, nampak mak aku, Haih~ (mak aku sangat menguji kesabaran aku kat sana) ... Tapi masa tu aku ternampak someone =p ... Tak pernah2 sepanjang aku tawaf ke saie ke kat sana nak bagi perhatian kat orang tetiba hari tu, hari yang terakhir tu aku ternampak someone quite a guy (ala2 siapa? Itu aku malas nak cite ... Biarlah rahsia antara aku dan DIA) Mungkin ujian untuk aku tu tapi Alhamdulillah aku dapat tempuhi dengan jayanya ... hehehe

I've been keeping this entry long enough to be published, so i'm going to publish it now but the picture will come later ... Connection dekat kolej tak berapa memberangsangkanlah.


So, till then..ToODleZ =D

Comments

Fath_n!e$@ said…
jeles nyer aku..hehehe..insyaAllah, aku plak bakal menjejak kan kakiku ini suatu hari nanti....doa2kan tuk aku ek...
InsyALLAH ... kepada kengkawan aku dah panggil dah kat sana, suh datang ke Mekah ... best! =D
As Arnold Scwarzenegger quoted:
I'll be BAK!

Ngee ble nak bwak aku gak? =p
Marry me then i'll take you with me ... huahuahua ... (joking! mau kena siku ngan fara nih nanti =p)

Standby ar about RM6000, then leh ler wat trip p sana =D (itu pong kalau harga takat tu maintain)

Popular posts from this blog

Tag Lagi ...