Seminggu ni

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan itu ini untuk draf tesis, dengan tak cukup tido segala akhirnya aku punya draf berjaya disiapkan. Kembali meminum Inner Shine Pati Berry (Iklan free) sebab aku rasa sejak buat sistem aritu, mata aku dah berpinar-pinar - Mana taknya, bagun tidur kul 6 lebih - Then, solat kemudian ngadap laptop sampai pagi esoknye (sebab dah tido kul 4 pagi) ... GILER! Lagi ada hati nak involve dalam bidang pembangunan web ... TAFFI (pinjam reserve word si ema =p) aku nak involve in web design, tak kuasa dah nak ngadap coding2 yang berjaya wat ari2 aku MISERABLE!!!!!

Walaupun kerja2 akhir FYP aku ni dah siap ada lagi urusan2 lain yang perlu aku uruskan ... Memandangkan aku akan pulang ke Penang nanti, so aku mempunyai banyak temujanji dengan kawan2 dekat sini .... Baik kawan2 masa sekolah dan kawan2 yang aku kenal masa aku praktikal masa diploma (golongan akak2z) ... Aku sangat LETIH!!!!!!!!
Tapi for you all, takpela ... Aku akan cuba untuk muat2kan masa bagi aku dapat jumpa semuanya, tak nak ada rasa ralat lak nanti ... Ari Jumaat ni ada Job Carnival di PWTC - Itu temujanji paling penting tu ... So, itu pun masalah gak tu - AKU TAK SUSUN LAGI FILE2 AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! RESUME TAK PRINT LAGI!!!!!!!!!!!!!!!! (okay, tarik nafas dalam2)

After pergi Job Carnival tu, pada petangnya aku akan ke JB laks, jumpa sedara-mara di sana - Aku rasa jadual aku sangat penuh! Malam ni ada janji ngan kawan, esok pun sama sampai ke malam - AKU MIGRAIN~!

Aku nak bercuti ... Boleh tak aku nak start keje bulan 7 ???? Suka hati je kan, camla ada yang nak hire pun =p

Baru2 ni aku de apply utk post web designer - Well, diorang reply e-mail aku taffi mereka mahu melihat aku punya portfolio yang mana AKU TAK PERNAH ADA KOT! - Dah tu takkanla aku nak buat time2 aku tengah sibuk dengan thesis lak tu ... So, aku just bagi apa yang ado je - Org tu tak response2 balik pun (HUAHUAHUAHUA) aku tahu kenapa =p
Mesti dia ingat aku ni main2 ... hahaha =p
Nantilah, aku dah bertenang sikit aku akan wat portfolio aku ... YANG GEMPAK2! punye - baru tahu ..weeekkk~

Hurm, after ke JB sampai ahad je, me and my parent akan pulang ke KL dan stay di sini dulu kot utk beberapa ari - After that, kembali berangkat pulang ke Penang but then, aku akan datang balik pada bulan 6 becoz aku kena attend kursus MDeC - MS SQL Server Business Intelligence ... Kursus tu adalah selama 2 minggu dari 14/6 - 28/6 (geleng2 kepala) ... Time cuti sekolah tu, i know ... Time semua family aku leh kumpul buat cuti2 Malaysia (yer, saya tahu) - Geleng2 kepala lagi .... AHAH! another great news, abg aku di perantauan akan pulang with his family ke Malaysia akhir bulan 6 nanti (^____________^) - They will spend 3 month here and then go back to Yanbu ... Suka..suka...

So, there goes my hectic schedule (hecticla sangat,kan??? =p)

Apa2pun, I will try to make up to myself - KITE GI SPA!!! Hoyeeeeeeei!

Now, pasal kerja laks - Since aku ni sorang anak yang prihatin (yer, sila muntah beramai2) aku agak berbelah-bagi untuk kerja di KL ni or Penang ... Kalau nak fikir kerja, kerja yang aku suka ada banyak kat KL ni ... Menurut kawan aku, dalam banyak2 kilang kat Penang and also Kulim dia hantar resume, satu pun tak response ... So, APAKAH?
Kalau aku nak cari kerja kat KL ni, aku kesian kat mak aku - Sian dia takde sape teman kat sana (yerla, ayah aku ada tapi dia nakkan kehadiran anak2nya) ... Baru2 ni ada gak tanya well she says, okey je cari je kerja kat KL ni - Masalahnya aku still fikir i needed there ... So, senang citer wat istikarah jela, right?

Oklah, banyak lak berkongsi citer ... huhu, meluahkan apa yang ada dalam jiwa dan fikiran aku ... Hurm sebelum tu, enjoy lagu baru si gila GAGA - Alejandro ni .. ekekekeke (nak jugak masukkan tu =p)





Alright, Till then
ToOdLeZ

Comments

eM. said…
taffi tu ayat rubidiya..taffi i will take it as our credit!!. cheq pi keje kat penang lo..marka ramai kat sana.abang tree mesti byk!!
hahaha...abg tree tu takde kat Malaysia ler nok!

Alamak, Rubi sowi tula kena wat copyright ... kihkihkih =p

Popular posts from this blog

My P.O.V - Shontelle her T-shirt song?

...there goes my chance (yg entah ke berapa kali)

When the love falls