Saya Emosi

Assalamualaikum,

Entri kali ini hanya untuk meluahkan rasa ketidakselesaan dalam diri yang disebabkan oleh berita2 yang kian menyendatkan otak.
Waduh2~!!!
Sebelum ni Tunisia, sekarang dah ke Mesir lepas ni negara mana lagi??? Ada ura2 mengatakan Jordon pulak ... Kenapakah???
Bencana alam sekaligus ngan bencana yang diciptakan oleh manusia. 

Kita berbanjir di sini, mereka berusuhan di sana. Nak kata apa yea, ujiankah? Balakah? Peringatankah?
Ramai jugak student Malaysia dekat Mesir tu yea (11,000 orang) ... Tak sangka pulak seramai tu... Macam manalah keadaan diorang sekarang ni? Jiran aku sorang ada dekat sana, baru je pergi. Dalam dok soseh2 nak blaja sampai PHD kat sana, sekali dah jadi macam ni ... =|
Tak dapat nak kata apa.
Tadi berita, ada pelajar Malaysia di Rusia, datang cuti2 kat Mesir tersangkut sudah di Mesir dan status mereka ketika ini masih tidak diketahui. Haiyo~!!!

Talian telefon, internet, semua alat komunikasi dan untuk berhubung disekat. Banduan seramai 5000 orang terlepas. Bekalan makanan akan semakin berkurangan, duit tak dapat nak kuar, nak contact sesape pun tak dapek, sape nak jual topup time2 macam ni??? 
Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku dalam situasi macam tu...I'll be seriously freak out!

Bagi yang melihat, banyakkan berdoa dan sama2 menginsafi diri. Bagi yang menghadapi pun kena banyak berdoa. Dear ALLAH, be gentle on us (-_-)

Sesungguhnya DIA tidak akan membebani hambaNYA lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri.

Till Then,
-ToOdLeZ- 

Comments

Kita sedekahkan doa, semoga perjalanan diorang nak balik dipermudahkan. Juga supaya keadaan sana kembali tenteram. Amin~

Popular posts from this blog

Tag Lagi ...