Saya terharu...
Saya terbaca artikel berkenaan seorang tokoh daripada link yang di'attach' pada status fb seorang rakan ... Sangat terharu actually membaca bagaimana kehidupan tokoh ini sejak kecil sehinggalah berjaya menjadi orang Melayu terkaya di dalam Malaysia ini. Sumber inspirasiku.
‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.
‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.
‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran.”
Bercakap mengenai kejayaan beliau pula;
‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.
‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.
‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu.”
Antara kata-kata beliau yang sangat bernas :
"Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal."
"Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain."
"Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah."
"Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan."
"Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku."
"Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir."
Orang kata kalau usaha sendiri dan bersusah-payah sendiri untuk berjaya kita akan lebih menghargai kejayaan itu sendiri. Samalah dengan berusaha dari takde apa, SPM pun tak sempat nak amik dan akhirnya berjaya menjadi orang Melayu yang terkaya di Malaysia ni dan ke 32 di Asia Tenggara (Forbes).
Bila kehendak diri dan agama bergerak seiring maka akan terhasillah sesuatu yang lebih bermakna dan luar dari jangkaan kita.
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak-pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidah lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Hadiid ayat 20)
Janganlah kita buat tafsiran yg salah mengenai surah ini, di mana orang Islam tak perlu berusaha untuk menjadi kaya dan hidup hanya untuk akhirat. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah peringatan bagi mereka yang terlalu mengagungkan kehidupan di dunia sehingga melupakan kehidupan di akhirat sana. Jadi, buka minda anda dan lapangkan dada. InsyaALLAH dengan hidup berpandukan al-Quran dan sunnah, lebih terjamin kehidupan kita di dunia ini dan di akhirat sana. Allahualam.
Kisah penuh mengenai beliau boleh layari website ini Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Alright, till then,
-ToOdLeZ-
Comments
itu tak betul sudah...hahaha