Kisah sang labah-labah

Semalam selepas balik keje, aku duk kat dapur ngan mak aku sambil mendengar radio IKIM (favorite radio mak aku) sambil tu juga minum petang...

Dengar2 tu, best plak citer ustaz kali ni....pasal labah2....menarik gaksla....byk bnd aku tak tau pasal labah2 jadi tau...


Citer dia camni....


Tahukan korang...

yang membuat sarang adalah labah2 betina dan bukanlah labah2 jantan???



Labah2 jantan tidak berumah...huhu


Bila sampai musim mengawan, labah jantan tadi akan pegi bertengek kat umah si betina untuk tutut...tapi labah2 betina tak bagi semudah tu je...Ustaz tu citer lagi, kadang2 makan berhari2 nak pujuk labah2 betina ni...syarat labah2 jantan ni nak masuk umah, dia akan main2kan sarang tu, hehe...cam cute laks (still aku tak suka labah2) ... Ada time nak pujuk punya pasal, si jantan ni akan bawak mknan...Lama-lama, si betina ni kasi la masuk jugak...

Lepas tu, ustaz ni cite lagi...lepas kejadian mengawan ada 2 perkara sedey yang akan berlaku...pilih salah satu...gegegege (sound effect menggigil)


First sekali, bile sesi mengawan dah selesai...si betina ni akan kejar si jantan ni then dia makan..(ganas tak ganas? aku dgr cam menakutkan je....huahuahua)

Kalau tak jadi cam yg 1st, berkemungkinan besar, si betina kasi si jantan duduk kat umah dia (sebenarnya, nak memperdaya si jantan ni) ... Si jantan yang tak berumah bila di'offer' duk umah mewah si betina (hehehe....) tentulah dia tak tolak....tapi after dia bertelur, and telur tu mengeluarkan anak2 lelabah ni, anak2 yang gi makan bapanya....(Sememangnya malang sungguh nasib si labah2 jantan...) - ayat ustaz tu, "...anak2 akan kerenyot2 bapanya dah makan." (Giler, muntah aku dgr!)

Jadi, kesimpulan di sini, labah2 jantan mmg cam bernasib malang...kesian sungguh tapi tula lumrah hidup dia...
Kalau adala korang baca tafsir Quran, surah al-Ankabut ayat 41....ALLAH ada menyebut pasal labah2 ni...well, surah tu mmg surah labah2 pun

"Misal bandingan orang2 yang menjadikan benda2 yang lain dari ALLAH sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah2 yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang2 yang sehabis-habis reput ialah sarang labah2, kalaulah mereka orang2 yang berpengetahuan."


Sarang labah2 ni dahla kena tiup angin ke terlanggar ke, dah rosak....struktur rumahtangga yang isteri makan suami takpun ayah dimakan oleh anak2 merujuk kepada SEHABIS-HABIS REPUT! Selebihnya nak mengambarkan betapa org yang tak berpegang kepada landasan agama yang betul dan minta pertolongan selain daripada ALLAH tidak memberikan sebarang faedah pun pada dia....bahkan kerugian lagi ada ar...hurm...go figure!~

Janganlah jadi macam tu...


Menarikkan???


Sekian, wassalam!


Comments

Asyraf Azizan said…
kalo camtu spiderman xleh kawin ar. kalo x abis la mati die.huhu
hehe.......

kena makan mentah2 ngan bini dia...tu pun kalau dia kawin ngan spiderwomen ar....haha
adslmh said…
menarik menarik!!! saye pun kdg2 rajin dgr ikim sbb suke dgr cite2 nabi :)
huhu....

tapi agak menakutkan...sekang tgk sawang cm terpikio cite ni jew...huahua

Popular posts from this blog

My P.O.V - Shontelle her T-shirt song?

...there goes my chance (yg entah ke berapa kali)

When the love falls