Mat VS Cikgu

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang nakal tapi pintar yang bernama Mat lalu dia pun mengangkat tangan...


Mat : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Mat : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Mat : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Mat : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Mat : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Comments

Popular posts from this blog

...there goes my chance (yg entah ke berapa kali)

My P.O.V - Shontelle her T-shirt song?

Gabai dalam kenangan (^________^)