Cincin lamaran jadi harta karun - #7

Berita best yang aku dapat daripada utusan....hehehe....kenapa tak diterima? Nampak gaya cam lelaki nih kaya jek kan? wat cincin sampai ke Hong Kong tuh...Napela perempuan nih...mesti kalau tak lelaki nih tak menepati citarasa dia maybe lelaki ni flirter kot...hahaha...caught him red-handed...Tapi best betul wat camnew...tapi utk menghapuskan peristiwa pahit cam gitu...tak kan pegi semudah tu je kot...hurmm...


WELLINGTON 3 Jun - Seorang lelaki rakyat New Zealand yang kecewa apabila lamarannya ditolak oleh wanita idamannya memutuskan untuk menggunakan cara yang unik bagi menghapuskan peristiwa pahit itu.

Dia memutuskan untuk mengadakan satu acara pemburuan harta karun dengan menjadikan cincin yang dibeli untuk majlis pertunangan sebagai ganjaran utama.

''Sesiapa yang mahu mendapatkan cincin yang bernilai AS$3,268 (RM11,765), perlu berada di Wellington Sabtu ini bagi menyertai pemburuan tersebut,'' lapor akhbar Dominion Post.

"Saya telah bertemu dengan wanita ini dan menyangka dia akan menerima lamaran saya dan kemudian membeli cincin, namun dia telah menolaknya," kata seorang operator, Anthony Gardiner, 29, kepada Dominion Post.

Pembayang di mana tempat cincin itu berada akan mula disiarkan di rangkaian laman web sosial Twitter (http://twitter.com/donoogle—com) pada pukul 8 pagi waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) Sabtu ini.

Gardiner berkata, dia akan sentiasa memberikan pembayang dan jika cincin itu masih tidak ditemui sehingga penghujung hari, 'pembayang saya akan bertukar kepada arahan'.

Cincin yang dibelinya di Hong Kong itu tidak boleh dipulangkan dan tidak mahu menjualnya, oleh itu dia membuat keputusan untuk mengadakan acara pemburuan harta karun.

"Jelas cincin itu tidak bertuah bagi saya," kata Gardiner, sambil menambah dia berharap supaya cincin itu ditemui oleh seseorang lelaki yang ingin memberikan kekasihnya cincin mahal. -

p/s : Jom pi Wellington!!!! =) hehe

Comments

Popular posts from this blog

...there goes my chance (yg entah ke berapa kali)

My P.O.V - Shontelle her T-shirt song?

Gabai dalam kenangan (^________^)